[RASMI] PRU15: Mohamad Alamin pertahan Kimanis

Hasimi Muhamad
November 19, 2022 15:17 MYT
Mohamad yang juga penyandang Parlimen Kimanis berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Pertembungan semula antara Datuk Mohamad Alamin dan Daud Yusof nampaknya berpihak kepada bekas Timbalan Menteri Pendidikan II itu di kerusi Parlimen Kimanis.
Mohamad yang juga penyandang Parlimen Kimanis berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Calon Barisan Nasional (BN) itu memperolehi 13,004 undi dengan majoriti 3,037, sekali gus menewaskan empat lagi pencabarnya.
Manakala, Daud yang juga Ketua Parti Warisan (Warisan) Bahagian Kimanis memperoleh 9,967 undi.
Pada PRU14, Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis tewas di tangan Daud dengan majoriti 795 undi di DUN Bongawan, iaitu satu daripada dua kerusi DUN dalam Parlimen Kimanis.
Sementara itu, tiga lagi calon yang bersaing di kerusi berkenaan iaitu Rowindy Lawrence (Pakatan Harapan) mendapat sebanyak 3,931 undi.
Amat Md Yusof (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat) pula dengan undi 4,013; dan calon daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Yusop Osman hilang deposit.
Dalam perkembangan sama, calon BN, Andi Muhammad Suryady Bandy menang selesa di kerusi Parlimen Kalabakan, dengan majoriti 9,100 undi.
Beliau menewaskan penyandang kerusi berkenaan, Ma'Mun Sulaiman daripada Parti Warisan (Warisan).
#Mohamad Alamin #kerusi Parlimen Kimanis #calon Barisan Nasional #PRU15