[RASMI] PRU15: Darell bukan lagi 'giant', tewas di Penampang
Hasimi Muhamad
November 19, 2022 22:34 MYT
November 19, 2022 22:34 MYT
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kembali merampas kerusi Parlimen Penampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ia selepas calonnya yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH), Datuk Ewon Benedict menang di kerusi berkenaan dengan undi 29,066 dan majoriti 14,410 undi.
Keputusan tersebut disiarkan secara rasmi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ia sekali gus menewaskan penyandangnya, Datuk Darell Leiking yang memperolehi undi sebanyak 14,656.
Sementara calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Kenny Chua Teck Ho meraih undi 6,719 undi, manakala calon Bebas, Richard Jimmy hilang deposit (289).
Pada PRU13, Darell yang bertanding atas tiket PKR, memenangi Parlimen Penampang selepas menewaskan Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok.
Atas kejayaannya itu, Ewon mendapat gelaran `giant killer’.