[RASMI] PRN Johor: Puad Zarkashi menang di DUN Rengit

Hasimi Muhamad
Mac 12, 2022 22:55 MYT
Datuk Mohd Puad Zarkashi menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti sebanyak 1,930 undi.
JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit apabila calonnya, Datuk Mohd Puad Zarkashi menang di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu menang dengan majoriti sebanyak 1,930 undi.
Beliau yang memperoleh 7,913 undi menewaskan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir memperoleh 5,983 undi.
Penyandang kerusi DUN Senggarang, Khairuddin A Rahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula terpaksa akur dengan mendapat 2,065 undi.
N25 - RENGIT - puad
[LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: Benut kekal milik Hasni
Manakala, seorang lagi Mohd Huzair Lajis yang mewakili Perikatan Nasional (PN) hanya memperoleh 206 undi, sekali gus hilang wang deposit.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerusi DUN Rengit dimenangi oleh calon BN Ayub Jamil menewaskan Malik Faishal Ahmad daripada PKR dan calon PAS Mohd Tumiran Ahmad dengan kelebihan 9,642 majoriti undi.
#PRN Johor #DUN Rengit #Mohd Puad Zarkashi #Barisan Nasional
;