[RASMI] PRN Johor: Hasni pertahan DUN Benut, dua calon hilang deposit

Hasimi Muhamad
Mac 12, 2022 14:18 MYT
Hasni yang berdepan saingan empat penjuru menewaskan tiga lagi calon apabila memperoleh undi 10,896 berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Senator Datuk Isa Ab Hamid sebanyak 5,037. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N53 Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti 5,859 undi.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu yang berdepan saingan empat penjuru menewaskan tiga lagi calon dengan 10,896 undi, berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Senator Datuk Isa Ab Hamid sebanyak 5,037.
Sementara, dua lagi calon iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Iskandar Noor Ibrahim dan Calon PKR, Haniff@Ghazali Hosman hilang deposit selepas masing-masing memperoleh 139 dan 1,200 undi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kerusi DUN itu dimenangi Hasni dengan 9,480 undi, berbanding calon Zulkifly Tasrep (PKR) meraih 5,033 undi, manakala Mohd Firdaus Jaafar (Pas) mendapat 2,590 undi.
Hasni menang dengan majoriti 4,447 undi.
KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI
SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
#PRN Johor #Hasni Mohammad #Benut #Hasni menang