[RASMI] PRN: Dr Afif menang tipis DUN Taman Medan, tewaskan PH

Fareez Azman
Ogos 12, 2023 22:56 MYT
Dr Afif menewaskan Ahmad Akhir dengan majoriti tipis sebanyak 30 undi sahaja. - Gambar fail
KLANG: Calon Perikatan Nasional (PN), Afif Bahardin berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.33 Taman Medan menewaskan saingannya daripada Pakatan Harapan (PH), Ahmad Akhir Pawan Chik.
Dr Afif yang juga Setiausaha PN Selangor menewaskan Ahmad Akhir dengan majoriti tipis sebanyak 30 undi sahaja.
Beliau mendapat 22,316 undi manakala Ahmad Akhir meraih 22,286 undi.
N.33 Taman Medan menyaksikan seramai 44,602 (71 peratus) daripada 61,959 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.
KLIK DI SINI UNTUK KEPUTUSAN RASMI PRN DAN PRK TERENGGANU
#PRN #PRN Selangor #DUN Taman Medan #Dr Afif
;