[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
Umavathi Ramayah
Ogos 12, 2023 22:29 MYT
Ogos 12, 2023 22:29 MYT
MARANG: Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Beliau yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu tewas kepada Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris yang menang bergaya dengan majoriti undi 3,758 undi dalam pertembungan satu lawan satu.
Razali berjaya memperoleh 13,403 undi, manakala Ahmad hanya mendapat 9,645 undi.
Pada PRU14, dalam pertembungan tiga penjuru, Ahmad menang dengan jumlah undi sebanyak 9,545.
Ahmad menyandang kerusi DUN Kijal sejak 1990 selama sembilan penggal pernah dikalahkan Mehamed Sulong daripada Pas pada tahun 1999 dengan hanya 264 undian.