Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO

Astro Awani
Oktober 7, 2024 00:20 MYT
Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO - Foto FB Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Isnin malam.
Pelantikan Ramli yang juga Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam kemas kini di laman Facebooknya malam ini.
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
"Malam ini merupakan detik bersejarah apabila beliau menjadi Orang Asli pertama yang menjadi Ahli MKT UMNO.
"Ia membuktikan komitmen parti untuk menghargai dan memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang termasuk Orang Asli," katanya dalam kenyataan tersebut.
Asyraf Wajdi menambah UMNO akan terus komited untuk memperjuangkan suara dan hak-hak masyarakat Orang Asli, selain memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama memacu kegemilangan negara dalam landskap politik negara.
#Asyraf Wajdi Dusuki #Datuk Ramli Mohd Nor #ahli MKT UMNO
;