'The Rakyat' tangkis berita palsu untuk BN
Hilal Azmi
Januari 3, 2018 21:58 MYT
Januari 3, 2018 21:58 MYT
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, Barisan Nasional (BN) terpaksa bekerja keras bagi menangani ancaman berita palsu yang sebelum ni menjejaskan prestasinya dalam PRU lepas.
Terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan 'The Rakyat' sebagai portal rasmi Barisan Nasional.
Menurut beliau yang juga Pengerusi BN berkata, portal ini menjadi wadah penting dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat kepada rakyat.
“Kita mulakan langkah yang signifikan untuk tangkis berita palsu yang disebarkan menerusi media sosial.
“Ia akan bersifat interaktif dan rakyat boleh beri pandangan, pendapat, idea malah boleh tulis artikel untuk dimasukkan dalam portal ni,” katanya ketika majlis perasmian The Rakyat di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC pada Rabu.
Jelas beliau, platform tersebut juga boleh digunakan untuk rakyat berikan reaksi terhadap usaha yang dilakukan kerajaan.
“Saya nak tekankan kita ada visi, pelan terancang dan ada kemampuan untuk laksanakan segala-galanya dengan cara sistematik, tersusun dan berkesan,” katanya.
#Barisan Nasional
#berita palsu
#BN
#Najib Razak
#pilihan raya umum
#portal rasmi
#PRU
#PRU14
#The Rakyat