Rakyat Sabah keluar mengundi 26 September

Assim Hassan, Ruzaini Zulkepli
Ogos 17, 2020 17:38 MYT
Perkara itu diumumkan Dr Azmi dalam satu sidang media khas di Kota Kinabalu pada Isnin. - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata 12 September pula ditetapkan sebagai tarikh penamaan calon manakala 22 September adalah tarikh mengundi awal.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding hingga jam 11.59 malam, 26 September.
Perkara itu diumumkan Dr Azmi dalam satu sidang media khas di Kota Kinabalu pada Isnin.
SPR turut memutuskan melanjutkan waktu membuang undi selama 30 minit.
Azmi turut berkata waktu membuang undi bagi PRN diawalkan bermula 7.30 pagi hingga 5 petang berbanding 8 pagi hingga 5 petang pada PRU lalu.
Bilangan pengundi berdaftar adalah seramai 1,124,598 juta orang di Sabah. Jumlah berkenaan adalah yang dikenal pasti untuk membuang undi PRN kali ini.
#26 september #pilihan raya negeri #politik #PRN Sabah #Sabah #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya
;