Rahman Dahlan bertanding empat penjuru di Parlimen Sepanggar

Fifi Harteeny Marzuki
April 28, 2018 08:23 MYT
Abdul Rahman (kanan) bersama calon Warisan, Mohd Azis pada hari penamaan calon hari ini.
Pencalonan bagi kerusi Parlimen Sepanggar dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Karambunai dan Inanam, kali ini bakal menyaksikan pertandingan sehingga enam penjuru.
Bagi kerusi Parlimen P. 171 Sepanggar menyaksikan pertembungan empat penjuru yang dibarisi calon BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ditentang calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Azis Jamman, Robert Sopining daripada Parti Cinta Sabah (PCS) dan Jeffrey Kumin daripada gabungan Sabah.
Untuk DUN N. 12 Karambunai pula, menyaksikan pertembungan empat penjuru yang mana penyandang kerusi itu, Datuk Jainab Ahmad Ayid bakal menentang tiga calon lain terdiri daripada Azhar Matzssin (Warisan), Ahsim @ Oyok Jamat daripada gabungan Sabah dan Aspar Oyer @ Akbar (Pas).
Sementara itu, bagi DUN N. 13 Inanam pula, pertembungan enam penjuru menyaksikan calon BN, Datuk Johny Goh diletakkan harapan untuk merampas kembali kerusi tersebut yang akan menentang lima calon lain iaitu Kenny Chua Teck Ho daripada gabungan pembangkang PKR), John Stephen Dionysius daripada gabungan Sabah, Terence Tsen daripada Parti Kerjasama Anak Negeri (PAN), Jakariah Janit daripada Parti Kebanggsaan Sabah dan Situl Mintow merupakan calon bebas.
Pengumuman Penamaan Calon bagi Parlimen dan DUN itu dibacakan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Karim Rahim pada pukul 1.47 petang di Pusat Penamaan Pembelajaran Bandaraya Kingfisher di sini hari ini.
#Barisan Nasional #Inanam #Karambunai #Malaysia Memilih #PCS #PRU14 #saingan sengit #Sepanggar #Warisan