"Ragat tetap ragat", kata azimat perjuangan Bersatu Kinabatangan

Radhi Muslim
Ogos 22, 2020 14:50 MYT
AKSYAH: Ragat membawa maksud rempuh, heret atau dalam erti kata lain bergerak terus ke hadapan. - Astro AWANI
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kinabatangan akan menggunakan slogan 'Ragat tetap ragat' dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.
Ketua Bahagian Bersatu Kinabatangan, Aksyah Nasrah berkata, itu hanya slogan tersendiri mereka.
Menurutnya, ia memperlihatkan pihaknya bersedia berdepan apapun dugaan.
"Ragat tetap ragat ini slogan di Kinabatangan sahaja. Ia menunjukkan bahawa Bersatu ini bukan parti yang kata orang bukan calang-calang.
"Maknanya kita akan bersedia untuk berhadapan apa-apapun kemungkinan di hadapan kita... Kita akan terus ragat," katanya dalam sidang media selepas Persidangan Bersatu Kinabatangan, pada Sabtu.
"Ragat, dari bahasa suku kaum Sungai yang banyak mendiami daerah Kinabatangan, membawa maksud rempuh, heret atau dalam erti kata lain bergerak terus ke hadapan.
Katanya, pihaknya juga bersedia menghadapi PRN pada bulan depan.
#Aksyah Nasrah #Bersatu #Bersatu Kinabatangan #Bersatu Sabah #Kinabatangan #PRN Sabah #Sabah Memilih
;