Rafizi harap pertimbang keputusan, Khairy pasti Nurul Izzah akan kembali

Azyyati Ahmad
Disember 17, 2018 19:15 MYT
(Dari kiri) Rafizi, Nurul Izzah dan Khairy... tiga pemimpin muda dengan harapan dan manifesto berbeza. - Twitter/@rafiziramli
Bekas naib presiden PKR, Rafizi Ramli berharap agar Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mempertimbangkan semula keputusan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR.
Kata Rafizi, beliau tahu Nurul Izzah boleh mempertahankan idealisme reformasi dengan kedudukan kanan beliau di dalam kepimpinan PKR.
"Saya berharap beliau mempertimbangkan keputusan itu. Beliau tahu saya merasakan beliau boleh mempertahankan idealisme reformasi dengan kedudukan kanan beliau di dalam kepimpinan Keadilan," tulisnya dalam entri terbaharu di blognya hari ini.

PERLETAKAN JAWATAN @n_izzah Saya menerima panggilan yang tidak putus-putus dari kalangan pendokong KEADILAN, wartawan dan orang ramai mengenai berita perletakan jawatan Saudari Nurul Izzah dari jawatan kepimpinan. Berikut adalah pandangan saya:https://t.co/TnNHdJnBFP

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin dalam satu tweet terbaharunya, yakin bahawa Nurul Izzah akan kembali apabila negara sudah bersedia dengan perubahan politik dalam generasi.
Tambahnya, adalah satu kerugian jika Nurul Izzah tidak kembali dalam barisan hadapan politik.

An exemplary MP and worthy opponent. I am sure once the country is finally ready for a generational change in politics, @n_izzah will be back. It would be a terrible waste if she doesnt return to frontline politics. https://t.co/DBBgg9iUNQ

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, beliau menyifatkan peletakan jawatan oleh Nurul Izzah sebagai mengejut dan menyedihkan.
BACA: Nurul Izzah letak jawatan Naib Presiden PKR
BACA: Jangan komen bagi pihak saya! - Nurul Izzah
Tulis Nik Nazmi di Instagramnya, dengan prestasi yang ada, Nurul Izzah sememangnya layak diangkat menjadi menteri Kabinet.
Pada Isnin, Nurul Izzah meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR, dan juga Pengerusi PKR Pulau Pinang yang baru disandangnya selama satu hari.
Dalam satu kenyataan kepada media, ahli politik berusia 38 tahun itu mengesahkan perkara tersebut dan menegaskan beliau akan mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga pemilihan seterusnya diadakan.
BACA: 'Saya tidak tahu mengapa Nurul Izzah letak jawatan' - Tun M
#Khairy Jamaluddin #Nik Nazmi #Nurul Izzah #PKR #Rafizi Ramli
;