Rafizi, Amirudin dilantik Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan, Selangor
Bernama
Ogos 3, 2022 22:14 MYT
Ogos 3, 2022 22:14 MYT
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan yang baharu sementara Naib Presiden Datuk Seri Amirudin Shari pula dilantik sebagai Pengerusi MPN Selangor.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu berkata keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat bersama kesemua Ketua Cabang PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan petang tadi.
Beliau berkata mesyuarat berkenaan diadakan bertujuan untuk memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi MPN yang baharu.
"Saya percaya pelantikan ini akan dapat membantu Keadilan mempercepat kesiapsiagaan parti mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi.
-- BERNAMA