Pusat pengundian PRN Sarawak ke-11 dibuka jam 8 pagi

Astro Awani
Mei 7, 2016 08:20 MYT
Antara barisan awal pengundi yang tiba awal untuk laksanakan tanggungjawab pada PRN Sarawak kali ini. - Foto Bernama
Sebanyak 1,754 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) dibuka pada 8 pagi ini.
Ia turut membabitkan 2,789 saluran mengundi.
Lebih 1.13 juta rakyat Sarawak layak mengundi dalam pilihan raya kali ini.
Pusat-pusat pengundian akan ditutup sepenuhnya pada 5 petang. Bagaimanapun beberapa pusat akan ditutup lebih awal bermula 9 pagi susulan lokasi dan jumlah pengundi.
Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sehingga jam 10 pagi tadi sejumlah 20 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.
LAPOR LANGSUNG: Proses pengundian PRN Sarawak ke-11

Antara pengundi terawal di sini yang mahu dikenali dengan nama Lee @501Awani pic.twitter.com/DvtprF1ZW9

— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) May 7, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pengundi sudah dibenarkan menyemak nama dan mula mengundi calon pilihan mereka di SMK Bandar Kuching No 1 @501Awani pic.twitter.com/Xh14NiEji6

— wan syamsul amly (@wansyamsulamly) May 7, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#SarawakMemilih Khadijah Sabri, 75, walaupun uzur, masih menunaikan tanggungjawabnya sbgi rakyat Malaysia @501Awani pic.twitter.com/Su09R4HCRd

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) May 7, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
PRN Sarawak diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April lepas,.
Ia menyaksikan pertambahan 11 kerusi Dun baharu berikutan persempadanan semula kawasan, menjadikan jumlah kerusi bertambah kepada 82 daripada 71, sebelum ini.
Pada hari penamaan calon 25 April lalu, dua calon Barisan Nasional memperolehi kemenangan awal di dua kerusi DUN - Bukit Kota dan Bukit Sari.
Sejumlah 1,138,650 berdaftar sebagai pemilih dalam PRN Sarawak kali ini.
Pada 3 Mei lepas, 72 peratus daripada 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota pasukan keselamatan telah menunaikan tanggungjawab dalam pengundiaan awal.
Pada PRN 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi DUN, manakala DAP menguasai 12 kerusi, PKR (3) dan Bebas (1).
#buang undi #pilihan raya Sarawak #PRN-11 #proses pengundian #sarawak2016
;