Pusat penamaan DUN Balakong dibuka

Arfa Yunus
Ogos 18, 2018 09:27 MYT
Calon MCA, Tan Chee Teong (tengah) bersama penyokongnya ketika menghadiri penamaan calon PRK N27 DUN Balakong di Pusat Penamaan Calon berhampiran Dewan Demesne, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat hari ini. --fotoBERNAMA
Proses penamaan calon bagi kerusi N27 Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong telah dibuka pada jam 9 pagi ini.
Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Balakong Datuk Rosli Othman, proses ini dijangka berlangsung selama sejam.
Kedua-dua calon DUN Balakong tiba di pusat penamaan di Dewan Utama Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat sebelum jam 9 pagi.
Calon MCA Tan Chee Teong hadir pada jam 8.50 pagi bersama isterinya serta Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda MCA Datuk Choong Sin Woon.
Mereka turut diiringi lebih kurang 100 penyokong parti yang membawa bendera logo MCA dan Jalur Gemilang.

#PRKBalakong: Calon MCA Tan Chee Teong dan @weekasiongmp di pusat penamaan calon, Dewan Utama Desmene, Bangi pic.twitter.com/UhxZq3wP2E

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Calon DAP Wong Siew Ki pula hadir sekitar jam 8.55 pagi bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Organisasi Kebangsaan Loke Siew Fook serta penyokong-penyokong parti sambil diiringi lebih 150 penyokong yang membawa bendera Pakatan Harapan.

Calon #PRKBalakong, Wong Siew Ki (PH) dan Tan Chee Teong (MCA) bersalaman selepas proses penamaan calon di Dewan Utama Demesne, Bangi pic.twitter.com/Ak4QtLqQnp

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kerusi Balakong kosong susulan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee pada 20 Julai lalu dalam kemalangan jalan raya.
Hari pengundian bagi kerusi DUN Balakong akan diadakan pada 8 September manakala pengundian awal pada 4 September.

Bendera Pakatan Harapan dikibar secara rasmi buat pertama kali, iringi calon PH di PRK Balakong dan Seri Setia pic.twitter.com/lCIa4VkQtc

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#BALAKONG #DAP #Dewan Undangan Negeri #DUN #DUN Balakong #Lim Guan Eng #MCA #pilihan raya kecil #PRK #PRK DUN Balakong #Tan Chee Teong #Wee Ka Siong #wong siew ki
;