PRU15: Zainol Fadzi, Razman antara calon MB Perak dari PN - Ahmad Faizal

Abd Razak Mohd Ali
November 9, 2022 12:32 MYT
Ahmad Faizal berkata, senarai calon itu akan dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terlebih dahulu untuk perkenan baginda. - Fail/FB Faizal Azumu
TAMBUN: Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan beberapa nama untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Perak, sekiranya mereka mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, antara nama yang akan disenaraikan ialah Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.
Menurutnya, senarai calon itu akan dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terlebih dahulu untuk perkenan baginda.
“Apabila kita berjaya untuk membentuk kerajaan, kita akan persembahkan kepada tuanku sultan, ini adalah prerogatif tuanku untuk menentukan.
“Kita tak hendak terjadi penderhakaan kepada sultan dalam kita nak menunjukkan calon Menteri Besar kita,” katanya ketika ditemui semasa di Pekan Tambun, di sini, hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Hanya tinggal janji Ismail Sabri sebagai PM - Dr Mahathir
SEMAK CALON PRU15 DI SINI!
Menurutnya, terpulang kepada negeri-negeri lain untuk mengumumkan calon menteri besar masing-masing.

Ahmad Faizal berkata, Zainol Fadzi dan Razman juga mempunyai pengalaman kerana pernah menjadi exco kerajaan negeri.
Semalam, Pengerusi PN, Tan Sri Muiyiddin Yassin secara terbuka mengumumkan Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon menteri besar PN untuk Pahang.
#PRU15 #calon MB Perak #Ahmad Faizal Azumu #Perikatan Nasional
;