PRU15: Tengku Zafrul tewas, Dr Dzulkefly Ahmad kekal di Kuala Selangor
Rahimah Abdullah
November 19, 2022 23:40 MYT
November 19, 2022 23:40 MYT
KUALA LUMPUR: Calon (Pakatan Harapan), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berjaya mengekalkan kerusi parlimen yang disandangnya, Kuala Selangor dengan majoriti 1,002 undi.
Beliau memperoleh 31,033 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mendapat 30,031 undi.
Manakala, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Noor Mohd Sahar memperoleh 23,639 undi, dan calon GTA-Pejuang, Mohd Shaid Rosli, 1,778 undi.
Peratus keluar mengundi ialah 84 peratus, dengan jumlah undi adalah sebanyak 86,481 undi.