PRU15: Sarawak masih pertimbang cuti pada 18 November ini

Astro Awani
November 12, 2022 14:15 MYT
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkara itu yang dikhuatiri memberi kesan kepada ekonomi negeri.
SRI AMAN: Kerajaan Sarawak masih mempertimbangkan untuk mengumumkan cuti pada 18 November ini sehari sebelum Hari Pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkara itu yang dikhuatiri memberi kesan kepada ekonomi negeri.
"Saya fikir dulu kerana ia perlu melihat dua perkara. Kita mengundi 19 (November)... sepatutnya beri cuti 20 (November). Apa yang berlaku, ekonomi kita akan terjejas.
"Apabila kita gazetkan cuti, kita mesti memberi bayaran berganda kepada pekerja. Ini akan menaikkan perbelanjaan dalam keadaan ekonomi tidak menentu.
"Saya fikir tidak wajar. Apa yang berlaku menjejaskan ekonomi dan produktiviti kita. Jadi kita ambil kira semua ini," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa kerajaan negeri yang mengumumkan cuti pada 18 November ini.
Terdahulu beliau merasmikan program Sarawakku Sayang di Dataran Lingga, Sri Aman.
#cuti umum #hari pengundian #PRU15 #Kerajaan Sarawak #Malaysia Memilih
;