PRU15: Saifuddin setuju dicalon bertanding kerusi Parlimen Indera Mahkota

Mohd Zalani Md Atan
Oktober 23, 2022 16:08 MYT
Nama Saifuddin sudah pun dicadangkan oleh PN Bahagian Indera Mahkota kepada pucuk pimpinan untuk bertanding semula di kerusi tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
KUANTAN: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah tidak menolak untuk bertanding kerusi Parlimen Indera Mahkota yang dimenangi pada PRU14 lalu jika dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ini menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu, namanya sudah pun dicadangkan oleh PN Bahagian Indera Mahkota kepada pucuk pimpinan untuk bertanding semula di kerusi tersebut.
"Saya kalau ikut Bahagian saya dah. Ikut Perikatan Nasional Bahagian indera Mahkota mereka mencadangkan saya bertanding semula di indera Mahkota dan saya bersedia untuk bertanding semula. Apa-apa pun bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional," katanya.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!
Beliau ditemui di Program Gerai Prihatin di perkampungan Cenderawasih, di sini ada Ahad.
Saifuddin memenangi kerusi Parlimen Indera Mahkota dalam PRU14 dengan majoriti 10,950 undi.
Dia yang ketika itu mewakili Pakatan Harapan (PH) mendapat 28,578 undi menewaskan calon daripada BN, Dr Johan Mat Sah (17,628 undi) dan calon PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mendapat 17,515 undi.
#Malaysia Memilih #PRU15 #Saifuddin Abdullah #kerusi Parlimen Indera Kota
;