KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyokong cadangan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan tiga jawatan timbalan perdana menteri (TPM), masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung sekiranya parti itu menang dominan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata ia merupakan satu cadangan yang baik kerana membolehkan seorang wakil pemimpin dari Sabah dilantik bagi memegang jawatan itu kelak.
"Kita akan cari yang betul-betul boleh tahan (calon pemimpin yang benar-benar layak sebagai TPM)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra sempena sambutan Hari Deepavali anjuran kerajaan Sabah dan Dewan Perniagaan India Sabah di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesyorkan agar tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung diwujudkan jika parti itu menang dominan pada PRU15.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!
Ahmad Zahid dilaporkan berkata BN Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya cadangan berkenaan dimasukkan dalam manifesto BN dan GPS pada PRU15 ini.
Sementara itu, Hajiji ketika diminta mengulas mengenai perjumpaan tertutup bersama Ismail Sabri semalam berkata perjumpaan tersebut berlangsung dengan baik dan kedua-dua parti iaitu GRS serta BN akan bekerjasama pada PRU15.
Beliau berkata kedua-dua parti juga komited memastikan kerjasama berkenaan akan menjadi kekuatan kepada kerajaan Sabah memandangkan ia dibentuk antara GRS dan BN selepas memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 pada September 2020.
Mengenai pembahagian kerusi antara GRS dan BN bagi PRU15, Hajiji berkata ia sudah selesai dan senarai calon bertanding pada pilihan raya itu akan diumumkan tidak lagi.
"Kita akan mengumumkannya beberapa hari sebelum penamaan calon," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2022

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata ia merupakan satu cadangan yang baik kerana membolehkan seorang wakil pemimpin dari Sabah dilantik bagi memegang jawatan itu kelak. - Fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sivaraj akan dipertimbang peranan dalam Kerajaan Perpaduan - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH.

PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi
Perkara itu wajar dilakukan berikutan keputusan Kerajaan Kedah yang tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian.

PRU15: PN optimis dapat tawan DUN Tioman - Tuan Ibrahim
Jentera Pas sudah lama bersiap siaga setelah kerusi DUN Tioman diberikan kepada calon Pas sebelum ini.

Pasca PRU15: Ahli kabinet perlu melangkaui parti politik - Herizal Hazri
Malaysia mempunyai ramai bakat berkaliber di luar pentas politik yang boleh dipanggil untuk bersama membantu pentadbiran negara.

Pasca PRU15: Niat laksanakan kerja, bukan untuk kekal berkuasa - Herizal Hazri
Sekejap atau lama hayatnya pada sesuatu jawatan itu, kerja yang terbaik harus disampaikan setiap masa.

Cukup-cukuplah main sentimen, bersatulah demi negara - Anis Yusal
Hasutan berbaur isu kaum dan agama hanya akan terus merencatkan langkah negara menuju kemajuan.

Kita sudah mula beranjak ke politik pendamaian - Penganalisis
Yang menang tak menang semua dan yang kalah tak kalah semua, seperti mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
Semua pihak perlu belajar berkongsi kuasa dan mewujudkan keseimbangan dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk.

Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesepuluh di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.00 petang, di sini hari

PRU15: Saingan enam penjuru di Parlimen Padang Serai
Proses penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawalan rapi pihak berkuasa.