PRU15: Rafizi Ramli jadi calon pertama isytihar harta, nilai aset RM18.85 juta

Nailah Huda
November 2, 2022 12:33 MYT
Rafizi berkata, akuan pengisytiharan harta oleh calon-calon pkr lain akan mula dipaparkan di laman web calonkeadilan.org mulai esok. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya sebagai sebahagian daripada syarat yang ditetapkan kepada semua calon yang bertanding atas tiket PKR.
Menerusi akuan berkanun (SD) yang dimuat naik di laman www.calonkeadilan.org, nilai aset bersih beliau dianggarkan sebanyak RM18.85 juta.
Kebanyakan asetnya, iaitu melebihi RM16 juta, merupakan pelaburan saham dalam syarikat analitik yang diasaskannya, Invoke Sdn Bhd, selain pendapatan bulanan sebanyak RM23,500.
Antara aset lain yang diisytihar termasuk tunai dan simpanan (RM1.17 juta), dua hartanah (RM1.6 juta), dan dua kenderaan (RM110,000).
BACA SEMUA MENGENAI PRU15 DI SINI
Beliau turut memperincikan pecahan perbelanjaan bulanan, termasuk bayaran ansuran rumah, pemberian nafkah dan sumbangan, serta persekolahan anak.
Pada masa yang sama, Rafizi memaklumkan bahawa pengisytiharan harta oleh calon-calon PKR yang lain turut akan dipaparkan di laman www.calonkeadilan.org mulai esok.
Terdahulu, pada majlis pengumuman calon PKR, kesemua calon menandatangani borang aku janj’.
Borang tersebut melibatkan persetujuan untuk memulangkan wang deposit pencalonan, memotong elaun sekiranya menjadi wakil rakyat, serta mengisytiharkan harta.
#PRU15 #Calon PRU15 #Rafizi Ramli #isytihar harta