PRU15: Proses undi di 11 Pusat Mengundi Parlimen Baram digantung - SPR

Astro Awani
November 19, 2022 17:29 MYT
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan memaklumkan petugas-petugas tidak dapat sampai ke lokasi bertugas sama ada melalui udara, darat dan air. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Sejumlah 11 Pusat Mengundi di Parlimen Baram telah digantung susulan keadaan cuaca yang tidak baik.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan memaklumkan, petugas-petugas tidak dapat sampai ke lokasi bertugas sama ada melalui udara, darat dan air.
"Tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian," kata Abdul Ghani.
Kesemua 11 Pusat Mengundi tersebut adalah:
1. Sekolah Kebangsaan Long Naah (Saluran 1 & 2)
2. Sekolah Kebangsaan Long Luteng (Saluran 2)
3. RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg. Lepo Gah (Saluran 1 & 2)
4. Sekolah Kebangsaan Long Sait (Saluran 2)
5. Sekolah Kebangsaan Long Tungan (Saluran 1 & 2)
6. Sekolah Kebangsaan Long Moh (Saluran 1 & 2)
7. Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (Saluran 1)
8. Sekolah Kebangsaan Long Jekitan (Saluran 1 & 2)
9. Sekolah Kebangsaan Long Lamei (Saluran 2)
10. Sekolah Kebangsaan Lio Mato (Saluran 1 & 2)
11. Sekolah Kebangsaan Long Banga (Saluran 1 & 2)

[ KENYATAAN MEDIA ] PENGGANTUNGAN PENGUNDIAN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) BAHAGIAN PILIHAN RAYA PARLIMEN P.220 BARAM, SARAWAK pic.twitter.com/ERS0Rpdo2V

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Suruhanjaya Pilihan Raya #pilihan raya #PRU15 #Parlimen Baram
;