PRU15: Presiden MIC tewas di Sungai Siput

Sinar Harian
November 19, 2022 03:24 MYT
Vigneswaran gagal merampas kerusi Parlimen Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail
IPOH: Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran gagal merampas kerusi Parlimen Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila hanya memperoleh 19,791 undi.
Calon Pakatan Harapan (PH), S Kesavan secara rasmi berjaya mempertahankan kerusi itu apabila meraih sebanyak 21,637 undi.
Kesavan memperoleh majoriti 1,846 undi turut menewaskan lima pesaingnya yang lain termasuk Datuk Seri G Irudianathan (Perikatan Nasional) dengan 8,190 undi.
Sementara itu, calon Pejuang, Ahmad Fauzi Mohd Jaafar memperoleh 784 undi; Baharudin Kamarudin (bebas) 598 undi, R Indrani (bebas) 614 undi dan N Rajah (bebas) mendapat 35 undi.
Bagaimanapun kesemua mereka turut kehilangan deposit. - Sinar Harian
#PRU15 #Presiden MIC #Sungai Siput #tewas
;