PRU15: PKR Perlis tampil enam calon baharu di kerusi DUN

Bernama
November 3, 2022 13:50 MYT
PKR akan menampilkan enam muka baharu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail/BERNAMA
KANGAR: PKR akan menampilkan enam muka baharu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mereka ialah Naib Ketua Cabang Padang Besar Natthavuth a/l Seng bagi kerusi DUN Chuping, Ketua Cabang Padang Besar Amran Kamarudin (Mata Ayer), bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Azhar Ameir (Pauh), Ketua Penerangan Arau Muhammad Syahmi Suhaimi (Tambun Tulang), Setiausaha Pengelola Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Hasparizal Hassan (Guar Sanji) dan seorang jurutera Amran Darus (Simpang Empat).
Tiga muka lama merangkap penyandang kerusi DUN yang kekal di kawasan masing-masing ialah Asrul Nizam Abd Jalil (Sena), Gan Ay Ling (Indera Kayangan) dan Nor Azam Karap (Kuala Perlis).
Pengerusi MPN Perlis Nurul Izzah Anwar, ketika membuat pengumuman itu, berkata beliau optimis kesemua calon mampu memperkukuh dan memenangkan parti berkenaan pada PRU15.
Berikut senarai calon PH-PKR DUN Perlis:
N03 Chuping - Natthavuth a/l Seng
N04 Mata Ayer - Amran Kamarudin
N07 Sena - Asrul Nizam Abd Jalil
N08 Indera Kayangan - Gan Ay Ling
N09 Kuala Perlis - Nor Azam Karap
N11 Pauh - Azhar Ameir
N12 Tambun Tulang - Muhammad Syahmi Suhaimi
N13 Guar Sanji - Hasparizal Hassan
N14 Simpang Empat - Amran Darus
-- BERNAMA
#PKR Perlis #PRU15 #calon baharu #kerusi DUN