PRU15: Perlis larang kempen politik di masjid, surau

Bernama
November 8, 2022 17:08 MYT
JAIPs boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap calon atau wakil calon yang melanggar arahan berkenaan. - Gambar/ MAIPs
KANGAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melarang pelaksanaan sebarang bentuk aktiviti berunsurkan kempen politik di masjid dan surau di negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun Pengarahnya Najmuddin Abdul Karim berkata calon atau wakil calon dibenarkan hadir ke masjid dan surau untuk tujuan beribadah.
"Pihak masjid juga perlu memastikan apa-apa berkaitan dengan politik seperti bendera parti dan poster calon tidak boleh digantung di sekitar kawasan pagar masjid selain tidak membenarkan pengedaran risalah politik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata JAIPs boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap calon atau wakil calon yang melanggar arahan berkenaan.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Khianat bendera parti lawan, Polis Melaka buka kertas siasatan
SEMAK CALON PRU15 DI SINI
#PRU15 #larangan kempen #masjid dan surau #Perlis
;