PRU15: Pengundi muda, undi penentu
Astro Awani
Oktober 26, 2022 21:30 MYT
Oktober 26, 2022 21:30 MYT
PUTRAJAYA, Terengganu dan Kelantan mendahului dengan jumlah tertinggi pengundi muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada November ini.
Menurut statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 10.6 juta pengundi berusia 18 hingga 39 tahun di seluruh negara akan turun mengundi PRU15 ini.
Sejumlah 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18-20 tahun manakala 4,614,429 pengundi berusia antara 21-29 tahun.
Hari ini (26 Oktober), Astro AWANI dalam menjayakan satu kolaborasi bersama Universiti Malaya dalam kajian bertajuk, 'Naratif Politik Malaysia Menjelang PRU15 dari Perspektif Geografi dan Geographic Information System (GIS) mengupas di mana keberadaan kelompok pengundi muda dalam PRU15 ini.
Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menetapkan tarikh 19 November sebagai hari mengundi bagi PRU15.
Abdul Ghani turut berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala hari mengundi awal pula pada 15 November.
Katanya, tarikh itu juga melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya di Sabah.
Data-data yang dipaparkan merupakan hasil dapatan kajian yang dijalankan Universiti Malaya (UM) berjudul 'Naratif Politik Malaysia Menjelang PRU15 dari Perspektif Geografi dan Geographic Information System (GIS)'.