PRU15: "Penghormatan terbesar berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan anda" - Khairy

Astro Awani
November 19, 2022 02:15 MYT
Khairy Jamaluddin menerima kekalahannya kepada calon Pakatan Harapan, Datuk R. Ramanan.
KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menerima kekalahannya kepada calon Pakatan Harapan, Datuk R. Ramanan.
"Terima kasih kepada pengundi P.107 Sungai Buloh. Saya telah berusaha sehabis baik.
"Tahniah kepada Datuk R. Ramanan. Selamat berkhidmat," katanya dalam kemas kini di media sosial.
Khairy juga menyifatkan khidmatnya sebagai Menteri Kesihatan sebagai penghormatan tertinggi.
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Satu penghormatan terbesar dalam hidup saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan anda semasa pandemik," tulis Khairy.
R. Ramanan menang di kerusi Parlimen Sungai Buloh dengan 50,943 undi, manakala Khairy memperoleh 48,250 undi.

Terima kasih kepada pengundi P.107 Sungai Buloh. Saya telah berusaha sehabis baik. Tahniah kepada @datoramanan. Selamat berkhidmat. Terima kasih kepada rakyat Malaysia. It was one of the greatest privileges of my life to have served as your Health Minister during the pandemic. pic.twitter.com/7IyQ35TizE

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Khairy Jamaluddin #Barisan Nasional #Khairy kalah di Sungai Buloh #PRU15
;