Menurutnya, isu ekonomi bagi penduduk Setiawangsa perlu diselesaikan memandangkan peratusan B40 di kawasan itu adalah tinggi.
‘’Pelan ekonomi setempat ini saya sudah rangka dari awal dan akan dilaksanakan jika dapat mandat daripada rakyat.
‘’Selain itu BN Setiawangsa juga sudah mempunyai beberapa cadangan penyelesaian bagi masalah-masalah setempat di Setiawangsa seperti isu parkir di PPR atau PPA, isu jalan dan beberapa isu yang lain,’’ katanya selepas perlawanan futsal Belia Parlimen Setiawangsa pada Selasa.
Tambahnya, masalah setempat yang menjadi igauan penduduk termasuklah kesesakan, parkir, kebajikan pekerja gig ekonomi serta masalah melibatkan penjaja dan peniaga kecil.
Katanya, ini semua aspek yang perlu diambil kira dalam membawa pembaharuan di Setiawangsa.
‘’Antara yang perlu diberi tumpuan ialah parkir bertingkat untuk PPR (Projek Perumahan Rakyat) atau PPA (Projek Perumahan Awam), hub peniaga untuk komuniti belia, kawasan rehat dan rawat untuk penghantar makanan,’’ katanya.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Hanya tinggal janji Ismail Sabri sebagai PM - Dr Mahathir
SEMAK CALON PRU15 DI SINI!
Sementara itu pertandingan futsal anjuran BN Setiawangsa menyaksikan penyertaan hampir 400 peserta terdiri daripada golongan belia pelbagai bangsa.
Ia turut disertai pasukan bekas Kapten Bolasepak Kebangsaan, Safee Sali.
Izudin berkata, perpaduan dalam kalangan belia adalah aset penting untuk menjamin kejayaan pada masa depan sekali gus bakal menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk golongan itu.