PRU15: Peja berdepan cabaran getir dari Anwar, Aminuddin di Tambun

Firdaus Azil
November 5, 2022 11:15 MYT
Calon-calon kerusi Parlimen Tambun, dari kiri, Ahmad Faizal, Anwar, Abdul Rahim dan Aminuddin di Pusat Penamaan Calon di Institut Latihan Perindustrian Ipoh, hari ini. - Astro AWANI
IPOH: Kerusi Parlimen Tambun, yang dikira antara kerusi panas untuk Pilihan Raya Umum ke-15, bakal menghadapi saingan empat penjuru.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Parlimen 063 Tambun, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, tiada borang pencalonan yang ditolak.
Mengikut turutan, calon 01 ialah dari Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diikuti calon Barisan Nasional Datuk Aminuddin Md Hanafiah, calon Pejuang Abdul Rahim Tahir, dan yang terakhir, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Pada pilihan raya umum yang lepas, Ahmad Faizal menewaskan calon BN Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan calon Pas, Ibrahim Zakaria dengan majoriti 5,320 undi.
Sementara itu, di peringkat DUN Hulu Kinta menyaksikan penyandangnya Muhamad Arafat Varisai Mahamad dari PH, akan dicabar oleh Datuk Mazlan Abdul Rahman (BN), Puteri Holijah Mohd Rani (PN), dan S Murugiah (Bebas).
Di DUN Manjoi pula bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru.
Penyandangnya Datuk Asmuni Awi dari PH, akan dicabar Datuk Azizul Kama Abd Aziz (BN),dan Hafez Sabri (PN).
BERITA MENYUSUL LAGI
#Anwar Ibrahim #Ahmad Faizal Azumu #PRU15 #parlimen tambun
;