PRU15: 'Pecutan akhir' bersama pemimpin utama semua parti di Astro AWANI malam ini

Astro Awani
November 18, 2022 18:01 MYT
Bermula 8.30 malam ini, Astro AWANI akan membawakan Siaran Khas: Tawaran Semua Parti Pilihan Raya Umum ke-15.
TEPAT jam 11.59 malam ini maka berakhirlah tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan esok, rakyat Malaysia akan keluar beramai-ramai menjalankan tanggungjawab mengundi.
Dua minggu kebenaran berkempen diberikan Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR), semua parti dan calon sudah menggunakan kesempatan itu sebaik-baiknya untuk menawarkan pelbagai janji dan manifesto.
Bermula 8.30 malam ini, Astro AWANI akan membawakan Siaran Khas: Tawaran Semua Parti Pilihan Raya Umum ke-15.
Siaran khas ini akan memaparkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Anwar; Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad; Pengarah Pilihan Raya Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Kesiapsiagaan agensi di bawah KDN di tahap tinggi - Hamzah
SEMAK CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
Sebagai 'pecutan akhir' Astro AWANI malam ini turut membawakan sidang media Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Amanat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula jam 9 malam di platform media sosial.
Pada jam 9.15 malam, Agenda AWANI pula akan menganalisis kesemua tawaran yang dikemukakan parti bertanding.
Tidak berakhir di situ, ia akan disusuli analisis berkaitan 'pecutan terakhir' Ahmad Zahid dan Anwar.
Terus setia bersama kami di Astro AWANI, saluran pilihan raya anda di Saluran 501, Live TV astroawani.com dan aplikasi Astro AWANI.
#PRU15 #kayuhan akhir #siaran khas Astro AWANI #pemimpin gabungan utama
;