PRU15: Pas yakin PN berjaya bentuk kerajaan - Abdul Hadi

Raja Hisyam Raja Zaid
November 19, 2022 15:30 MYT
Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya sebentar tadi berkata, Pas bersama rakan dalam PN akan berusaha menunaikan segala tawaran yang telah dijanjikan dalam manifesto PRU15. - Gambar/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pas yakin Perikatan Nasional (PN) akan membentuk kerajaan Persekutuan berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya sebentar tadi berkata, Pas bersama rakan dalam PN akan berusaha menunaikan segala tawaran yang telah dijanjikan dalam manifesto PRU15.
"Saya mewakili Pas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah meletakkan kepercayaan kepada Pas dan rakan gabungan dalam Perikatan Nasional terutamanya pengundi muda, pengundi awal dari pelbagai kaum dan latar belakang," katanya kepada media di sini malam ini.
DAPATKAN KEPUTUSAN RASMI DAN TIDAK RASMI PRU15 DI SINI
Tambahnya lagi, Pas akan berbincang dengan rakan dalam PN selepas ini bagi menghadapi cabaran seterusnya iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN).
Namun jelas beliau, PN akan mempertimbangkan segala keadaan semasa termasuk risiko banjir yang dihadapi sebelum memutuskanya.
#PRU15 #PAS #bentuk kerajaan #Abdul Hadi Awang