PRU15: Pas tanding lima kerusi di Sarawak

Rudi Affendi Khalik
Oktober 17, 2022 19:37 MYT
Parti Islam Se-Malaysia (Pas) akan bertanding lima kerusi di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15.
KUCHING: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) akan bertanding lima kerusi di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Penerangannya, Syamsul Bahri Mohamad.
Menurut Syamsul, parti itu akan bertanding di kerusi tradisi yang ditandinginya pada PRU14.
"Ini termasuk Parlimen Petra Jaya; Parlimen Kota Samarahan; Parlimen Batang Sadong; Parlimen Batang Lupar dan Parlimen Sibuti," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ketika ini, katanya, belum ada keputusan yang ditetapkan sama ada terdapat pengurangan atau penambahan kerusi mahupun pertukaran kerusi.
"Manakala kerjasama dengan Bersatu di bawah Perikatan Nasional masih dalam perbincangan kerana strategi di Sarawak amat berbeza dengan Semenanjung daripada segi landskap politiknya," katanya.
Pada PRU14, PAS gagal memenangi sebarang kerusi di negeri itu.
#Pas Sarawak #PRU15 #Malaysia Memilih #Pas tanding
;