PRU15: Negeri Sembilan umum cuti sehari sebelum hari pengundian

Shuhada Abdul Kadir
November 9, 2022 19:04 MYT
Razali berkata, keputusan itu dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan pada Rabu. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan cuti sehari sebelum hari pengundian bagi menggalakkan rakyat negeri itu keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, keputusan itu dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan pada Rabu.
“MMKN yang bersidang pada hari ini telah bersetuju untuk memberikan cuti umum pada 18 November ini iaitu sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU15).
“Cuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat Negeri Sembilan membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada 19 November ini,” katanya.
BACA: PRU15: Kerajaan Selangor setuju beri cuti umum pada 18 Nov - MB Selangor
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdahulu menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian manakala 15 November ini hari pengundian awal.
#PRU15 #Negeri Sembilan #cuti umum #hari pengundian
;