PRU15: Nancy buang undi bersama suami di kampung halaman

Shafik Ahmad
November 19, 2022 10:05 MYT
Datuk Seri Nancy Shukri bersama suaminya Kamil Misuari selesai membuang undi sebelum melawat beberapa pusat mengundi. - Astro AWANI
KUCHING: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga calon GPS-Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri membuang undi di Dewan Serbaguna Kapsel di Kampung Panglima Seman Lama pada jam 9.30 pagi.
Beliau turut ditemani suaminya Kamil Misuari.
Sebelum itu, Nancy sempat mengadakan lawatan ke beberapa pusat mengundi di SK Gersik.
Parlimen Santubong memiliki 79,232 pemilih berdaftar.
Pusat mengundi Dewan Serbaguna Kapsel menyediakan tiga saluran mengundi yang dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.
Nancy, 61, yang sebelum ini Ahli Parlimen Batang Sadong bertukar ke Santubong susulan pengunduran Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
#PRU15 #Nancy Shukri #GPS #Santubong
;