PRU15: Musa Aman hadir buang undi di Libaran

Rozalin Hashim
November 19, 2022 14:05 MYT
Veteran Politik Sabah itu tiba di pusat pengundian di Saluran 2 tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari.
SANDAKAN: Bekas Ketua Menteri Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman hadir membuang undi di Pusat Pengundian SMK Libaran bagi Parlimen Libaran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Veteran Politik Sabah itu tiba di pusat pengundian di Saluran 2 tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Sejurus selepas membuang undi, Musa sempat menunjukkan kepada media jarinya yang sudah berdakwat menandakan beliau sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih sempena PRU15.
Parlimen P.184 Libaran menyaksikan pertandingan enam penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Suhaimi Nasir; calon Parti Warisan Sabah (Sharif Bokrata Sharif Hassan); calon Pakatan Harapan (PH) dari UPKO, Peter Jr. Naintin; Parti Pejuang Tanah Air (Jefri Pudang); Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Nordin Kaning dan calon Bebas, Amdan @ Saban Tumpong.
Parlimen Libaran yang membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila, Sungai Sibuga dan Gum-Gum mempunyai 72,322 pemilih berdaftar.
#Libaran #PRU15 #Malaysia Memilih #Musa Aman
;