PRU15: MUDA pertaruhkan Shahrizal Denci di kerusi Parlimen Kota Marudu

Alexion Mairin
Oktober 31, 2022 15:55 MYT
Tindakan meletakkan Shahrizal itu bukan satu laluan mudah apabila dia berkemungkinan menentang penyandang Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Maximus Ongkili.
KOTA KINABALU: Ikatan Demokratik Malaysia MUDA mengumumkan Shahrizal Denci sebagai calon parti untuk bertanding di Parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Tindakan meletakkan Shahrizal itu bukan satu laluan mudah apabila dia berkemungkinan menentang penyandang Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Maximus Ongkili.
Turut bersaing di Parlimen itu ADUN Bandau yang juga Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Wetrom Bahanda.
"PRU15 ini MUDA menyahut cabaran untuk berantap dengan antara ahli politik yang paling lama berkhidmat di Parlimen Kota Marudu.
"Kerusi Parlimen Kota Marudu ini orang kata kubu kuat (Datuk Seri) Maximus Ongkili) tetapi MUDA tidak pernah takut kerana MUDA kali ini akan lawan," katanya pada majlis pengumuman calon MUDA di Kota Kinabalu.
Pencalonan tersebut diumumkan oleh Amira Aisya, Timbalan Presiden Pengarah Pilihan Raya MUDA di Pejabat Utama MUDA Sabah di Kota Kinabalu pada Isnin.
Pencalonan pimpinan MUDA di Sabah adalah selaras dengan usaha MUDA untuk menampilkan wakil yang dekat dan faham dengan isu isu rakyat, aktif dalam politik serta sentiasa fokus dalam merangka dasar yang adil dan saksama untuk Malaysia.
Fokus MUDA pada PRU ke 15 kali ini adalah untuk memastikan Malaysia kembali menjadi negara yang maju dan berjaya.
#calon muda #Kota Marudu #Shahrizal Denci #Malaysia Memilih #PRU15
;