PRU15: Majoriti hampir 11,000 singkirkan Mahdzir Khalid di Padang Terap

Astro Awani
November 19, 2022 23:17 MYT
Mahdzir terima 17,258 undi berbanding Nurul Amin dari PN yang mendapat 28,217 undi. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Ustaz Nurul Amin dengan majoriti 10,959 undi.
Beliau hanya menerima 17,258 undi berbanding Nurul Amin yang mendapat 28,217 undi.
Manakala, dua lagi pesaing lain Muaz Abdullah (PH - 2,702 undi) dan Razali Salleh (Pejuang - 452) telah hilang deposit.
#Mahdzir Khalid #Malaysia Memilih #PRU15 #Mahdzir Khalid kalah di Padang Terap
;