PRU15: Latif Bandi tewas di Mersing, PN kekal berkuasa

Hilmi Malik
November 19, 2022 00:17 MYT
Abd Latif Bandi (gambar) hanya memperoleh 18,729 undi berbanding pesaingnya Muhammad Islahuddin yang meraih jumlah keseluruhan undi sebanyak 21,066. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) kekal berkuasa di Mersing apabila calonnya, Muhammad Islahuddin Abas menang dengan jumlah keseluruhan undi sebanyak 21,066.
Muhammad Islahuddin yang memperoleh majoriti sebanyak 2,337 undi meninggalkan pesaingnya Abd Latif Bandi (BN), 18,729 undi; Fatin Zulaikha Zaidi (PH), 6,813 undi; Nurfatimah Ibrahim (Pejuang), 209 undi; dan Ismail Don yang mewakili Bebas dengan 89 undi.
Sebelum ini nama Syukri Ibrahim (BN) disebut-sebut untuk bertanding di kerusi berkenaan, bagaimanapun, BN membuat keputusan untuk meletakkan Abd Latif Bandi di kerusi terbabit.
Selain itu, Mersing juga kali ini menyaksikan PH meletakkan calon termuda untuk bersaing di kawasan berkenaan.
Pada PRU14 yang lalu, kerusi Parlimen Mersing dimenangi Datuk Abdul Latiff Ahmad yang ketika itu menang atas tiket BN sebelum membuat keputusan menyertai Bersatu.
#Mersing #Muhammad Islahuddin Abas #calon Perikatan Nasional #Abd Latif Bandi
;