PRU15: 'Landskap politik drastik sukarkan kemenangan BN' - Penganalisis Politik

Astro Awani
Oktober 12, 2022 19:33 MYT
Sara berkata, landskap politik pada hari ini tidak lagi sama memandangkan parti-parti baru dan jaringan gabungan parti politik di kwasan Undi18 semakin diketengahkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sukar untuk Barisan Nasional kembali merangkul kemenangan menerusi Pilihan Raya Umum kali ini seperti yang dicapai sejak 60 tahun lalu berikutan perubahan segmen politik negara yang terlalu drastik.
Penganalisis politik dan media sosial, Profesor Sara Chinnasamy berkata, landskap politik pada hari ini tidak lagi sama memandangkan parti-parti baru dan jaringan gabungan parti politik di kawasan Undi18 semakin diketengahkan.
“Agak jelas Malaysia sedang meniti ke arah budaya politik baru iaitu kerajaan campuran (three or four political party system) seperti yang terbentuk hari ini.
“Adakah masih soal ketidakstabilan politik akan diungkit lagi sekiranya tiada persefahaman dalam kalangan ahli-ahli kabinet di masa hadapan?
“Apabila konsensus ini tidak boleh dibawa sepakat di peringkat kabinet, jangan diungkitkan sekali lagi soal ketidakstabilan politik kerana tidak berlaku,” jelasnya menerusi satu kenyataan, di sini pada Rabu.
BACA: Najib boleh jadi calon PRU15? "We don't treat joke" - Hamzah
BACA: BN setuju tema manifesto 'Kestabilan dan Kemakmuran'
Beliau turut menyuarakan pendapat bahawa soal ketidakstabilan politik tidak harus dijadikan alasan untuk pembubaran parlimen yang dianggap terlalu ‘segera’.
“Ini walaupun parti-parti politik kerajaan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mewakili segmen komuniti telah menyuarakan pendapat masing-masing agar pembubaran Parlimen dibuat pada tahun hadapan.
“Hampir kesemua pihak menekankan isu banjir berdasarkan pengalaman pahit tahun lalu kerana impak yang terlalu tinggi.
“Keputusan solo membubarkan Parlimen jelas mengambarkan UMNO masih mengamalkan sikap dominan one-political party system yang mana trend ini telah lama terkubur sejak Pilihan Raya Umum ke-14.
“Politik Malaysia hari ini adalah satu pembentukan kerajaan campuran yang mana memerlukan adaptasi kesuaian, kesederhanaan di dalam (decision-making) keputusan konsensus agar ruang harus diberikan kepada semua parti politik kerajaan campuran untuk didengari dan dipertimbangkan,” tambahnya.
#Undi18 #bubar parlimen #Sara Chinnasamy #PRU15
;