PRU15: Khairy kecundang di Sungai Buloh
Rahimah Abdullah
November 19, 2022 02:04 MYT
November 19, 2022 02:04 MYT
PUTRAJAYA: Calon Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin tewas di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kemenangan di Sungai Buloh apabila calonnya, Datuk R. Ramanan menang di kerusi itu dengan majoriti 2,693 undi.
Ramanan mendahului dengan 50,943 undi, manakala Khairy (48,250 undi).
Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Ghazali Md Hamin memperoleh 29,060 undi, Mohd Akmal Yusoff (GTA) dengan 829 undi, Ahmad Jufliz Faiza (PRM) 279 undi, dan dua calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff mendapat 165 undi, serta Nurhaslinda Basri 113 undi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kerusi Parlimen Sungai Buloh disandang oleh R Sivarasa daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 26,634.