PRU15: Kekecohan tercetus di Tenom

Astro Awani
November 5, 2022 13:57 MYT
Satu dari klip terbabit turut memaparkan gas pemedih mata dilontar ke arah orang ramai yang sedang membawa bendera dengan KDM. - Foto tangkap layar dari media sosial
KUALA LUMPUR: Tular di media sosial satu laporan kekecohan tercetus di Tenom, Sabah dengan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat hadir bagi mengawal keadaan.
Satu dari klip terbabit turut memaparkan gas pemedih mata dilontar ke arah orang ramai yang sedang membawa bendera dengan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).
Memetik laporan Free Malaysia Today pada Sabtu, rusuhan berkenaan berlaku di luar Pusat Penamaan Calon (PPC) di daerah Tenom, ketika Presiden KDM Peter Anthony ingin menyerahkan borang penamaan calon.
Setakat ini, maklumat berhubung perkara itu masih belum dapat dikenal pasti, lapor portal itu lagi.
DAPATKAN KEPUTUSAN PRU15 DI SINI
PRU15: Kekecohan tercetus di Tenom
(Ini adalah keputusan P18!: Tenom)
Portal FMT, memetik sumber berkata, pencalonan Peter telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini telah menyebabkan orang ramai yang berada di lokasi berkenaan 'merusuh' untuk masuk ke Pusat Penamaan calon di situ.
Turut difahamkan ialah Peter masih berada di PPC bersama dengan pasukan peguamnya untuk menyelesaikan penolakan berkenaan.
#Calon PRU15 #hari penamaan calon #Peter Anthony #Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat KDM
;