PRU15: Kecoh Rafizi isytihar harta? Rafizi hurai satu persatu melalui TikTok
Astro Awani
November 8, 2022 15:51 MYT
November 8, 2022 15:51 MYT
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini memperincikan bagaimana beliau mempunyai aset bersih bernilai RM18 juta.
Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Pandan itu memanfaatkan platform TikTok untuk memperincikan bagaimana syarikat pemula atau startup yang diasaskannya, Invoke berjaya mencatatkan keuntungan sejak 2020.
Menurut Rafizi, semua pihak perlu memahami bahawa nilaian syarikat pemula yang berasaskan teknologi bukanlah bergantung kepada keuntungan tahunan semata-mata.
“Keuntungan INVOKE mengikut tahun, tahun kewangan 2020 (RM507,000), tahun kewangan 2021 (RM653,000) dan jangkaan keuntungan tahun kewangan 2022 (RM1.5 juta).
“Di kalangan syarikat pemula dan syarikat teknologi di seluruh dunia, keupayaan menjana keuntungan dari mula adalah satu prestasi yang baik kerana lebih 90% syarikat pemula tidak pun menjana keuntungan selepas lima tahun beroperasi”
Anda boleh mengikuti huraian berdurasi 8 minit 59 saat oleh Rafizi di sini: