PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara

Hafizi Rosli
November 21, 2022 15:54 MYT
Tujuan Ismail Sabri menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Negara jam 2.50 petang tadi.
Namun, tujuan sesi menghadap antara Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berkenaan masih menjadi tanda tanya - sama ada berhubung sembah maklum mengenai urus tadbir negara sebagai ‘caretaker’ ataupun berhubung pembentukan kerajaan baharu.
Media juga ketika ini sedang berkampung di kedua-dua pintu Istana Negara bagi mengikuti rapat perkembangan pembentukan kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum (PRU15).
Terdahulu, YDPA perkenan agar proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan Perdana Menteri dilanjutkan sehingga 2 petang Selasa.
YDPA turut bertitah agar rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu serta pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10 selesai.
Dalam masa sama, pentadbiran negara berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri sementara berdasarkan prinsip-prinsip digariskan bagi kerajaan sementara.
Pasca PRU15 | Agong santuni warga media di pekarangan Istana Negara
#PRU15 #Istana Negara #Yang di-Pertuan Agong #ismail sabri yaakob
;