PRU15: Ismail Sabri dan isteri selesai mengundi di SMK Bandar Kerayong

Fareez Azman
November 19, 2022 03:35 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama dengan isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerayong hari ini. - BERNAMA
BERA: Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menunaikan tanggungjawabnya mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong di sini pada Sabtu.
Beliau tiba kira-kira jam 9.30 pagi turut diiringi isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.
Sebelum mengundi Ismail Sabri dilihat beramah mesra bersama pengundi-pengundi sambil menunggu giliran.
Di pusat pengundian itu, sebanyak lapan saluran dibuka dengan 4,898 pemilih yang berdaftar.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: 20 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi - SPR
Manakala keseluruhan di Parlimen Bera seramai 73,860 pengundi bakal menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
Parlimen Bera menyaksikan pertembungan tiga penjuru diantara calon BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menentang pesaingnya, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Asmawi Harun dan calon Pakatan Harapan (PH), Abas Awang.
PRU15 | Sidang media Perdana Menteri di Bera
#PRU15 #ismail sabri yaakob #Parlimen Bera #Calon BN