PRU15: "Ini adalah jalan selesai masalah rakyat" - Anwar
Afiezy Azaman
November 21, 2022 15:56 MYT
November 21, 2022 15:56 MYT
KUALA LUMPUR: "Ini adalah jalan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat," kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian sebelum beredar dari Hotel Seri Pacific, di sini, sekitar pukul pada 3.25 petang, Isnin.
"Insya-Allah, tawakal kepada Allah SWT, ini untuk rakyat dan negara.
"Isu kos sara hidup, isu harga barang naik, tiada ayam, tiada telur. Ia sentiasa penting untuk rakyat," katanya ketika ditemui pemberita.
Terdahulu, Anwar tiba di hotel tersebut untuk menghadiri perjumpaan bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pagi ini.
Perjumpaan pada awalnya dijadual berlangsung jam 10 pagi itu dikatakan berkaitan dengan soal pembentukan kerajaan Persekutuan dengan PH memenangi 82 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan BN 30 kerusi.