PRU15: Hubungan dengan parti lain diputuskan Majlis Syura Ulama Pas

Bernama
November 15, 2022 20:40 MYT
Nik Muhammad Zawawi berkata, andaian parti itu mungkin bergabung dengan BN sekadar pandangan peribadi Takiyuddin. - Gambar fail
KOTA BHARU: Sebarang bentuk hubungan antara Pas dan parti-parti yang lain mesti diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas, kata Setiausaha majlis syura itu Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Beliau berkata Majlis Syura Ulama Pas melihat andaian parti itu mungkin bergabung dengan Barisan Nasional (BN) jika tidak mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah sekadar pandangan peribadi Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
"Itu adalah andaian peribadi beliau dan tidak ada sebarang keputusan Pas mahupun Perikatan Nasional (PN)," katanya kepada pemberita di sini hari ini, serta menyifatkan pandangan yang dibuat oleh Takiyuddin itu adalah perkara biasa dalam parti.
Takiyuddin sebelum ini dilaporkan berkata pendirian Pas jika diminta untuk bergabung, parti itu akan memilih BN, dan tidak akan sesekali bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) atau mana-mana parti komponen PH.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: SPR keluarkan 365,686 kertas undi pos
SEMAK SENARAI CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
https://pru.astroawani.com/
#PRU15 #PAS #kerjasama Pas-BN #majlis syura ulama PAS
;