PRU15: Hasni menang di Simpang Renggam, Ahmad Maslan kekal di Pontian
Siti Nur Aqilla Omar
November 19, 2022 22:31 MYT
November 19, 2022 22:31 MYT
JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad menang dengan majoriti 1,821 undi di Parlimen Simpang Renggam dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mohammed Hasni meraih 18,312 undi, menewaskan penyandang kerusi berkenaan, Dr Maszlee Malik dari Pakatan Harapan (PH) yang meraih sebanyak 16,491 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Fazrul Kamat pula meraih sebanyak 9,077 undi manakala calon Parti Pejuang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) hilang deposit apabila hanya meraih sebanyak 251 undi.
Sementara itu di Pontian, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menang di Parlimen itu dengan majoriti 5,758 undi.
Ahmad yang juga penyandang kerusi itu sejak tiga penggal lalu meraih 23,201 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Isa Ab Hamid yang meraih 17,443.
Calon Pakatan Harapan (PH), Shazwan Zdainal pula meraih 15,901 undi manakala calon Pejuang, Jamaludin Mohamad pula meraih hanya 306 undi.