PRU15: Hampir 10,000 anggota tentera, pasangan undi awal di Melaka

Raja Hisyam Raja Zaid
November 15, 2022 01:21 MYT
Antara anggota yang mengundi di Kem Terendak. -Astro AWANI
MELAKA: Sejumlah 9,570 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam undi awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung hari ini.
Proses undian bermula seawal jam 8 pagi di sini membabitkan tiga daripada tujuh Pusat Pengundian Awal (PPA) bagi seluruh negeri Melaka.
Bagi anggota yang mengundi di Kem Terendak, pusat undian dijalankan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Terendak 1, SK Kem Terendak 2, dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak.
Manakala empat lagi PPA dijalankan di Kem Sungai Udang, Kem Masjid Tanah, Dewan Sri Beruang Rejimen 514 Askar Wataniah, dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Undian awal yang dijalankan ini membabitkan empat daripada enam kawasan Parlimen pada PRU15 kali ini.
Kawasan Parlimen tersebut ialah Tangga Batu, Alor Gajah, Hang Tuah Jaya, dan Masjid Tanah.
#Angkatan Tentera Malaysia #PRU15 #undi awal #Kem Terendak