PRU15: Faizal Azumu tiba di Pusat Media Utama PN dengan 'senyum lebar'

Hafizi Rosli
November 19, 2022 22:36 MYT
Ahmad Faizal dan isteri tiba di perkarangan Pusat Media Utama PN, di Shah Alam - Foto/ Astro AWANI
SHAH ALAM : Pusat Media Utama Perikatan Nasional (PN) di Shah Alam, kini mula menyaksikan ketibaan beberapa pemimpin tertinggi parti pada Sabtu malam.
Antara yang tiba adalah Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga merupakan calon PN di Parlimen Tambun.
Jelas kelihatan wajahnya ceria dan ‘senyum lebar’ ketika memasuki perkarangan pusat media yang di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam.
Beliau disorak kuat oleh penyokong PN sejurus tiba bersama isterinya, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi.
Difahamkan juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tiba di sekitar hotel berkenaan namun kelibatnya belum kelihatan media.
Beberapa pemimpin parti komponen PN lain iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan juga dilaporkan akan hadir namun masih belum dilihat kelibat mereka.
Turut bersama menyaksikan keputusan terkini Pilihan Raya Umum (PRU15) di pusat media ini adalah calon-calon PN di seluruh negara.
PN bertanding di 180 kerusi Parlimen pada PRU15.I
#PRU15 #Perikatan Nasional #Ahmad Faizal Azumu #senyum lebar
;