PRU15: Fadillah berdepan calon PH dan Sedar di Petra Jaya
Astro Awani
November 5, 2022 14:58 MYT
November 5, 2022 14:58 MYT
KUCHING: Kawasan Parlimen P194 Petra Jaya menyaksikan pertembungan tiga penjuru, dengan penyandangnya Datuk Seri Fadillah Yusuf daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) berdepan dua pencabar
Dalam misi mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2004, Menteri Kanan Kerja Raya itu dicabar calon Pakatan Harapan (PH) Sophian Junaidi dan Datuk Othman Abdillah mewakili PAri Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR).
Sophian Junaidi menjadi calon pertama menyerahkan borang di Dewan Muneerah, SMK Petra Jaya sekitar jam 9.01 pagi.
Disusuli Fadilah, pada jam 9.05 pagi dengan diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazruddin Abdul Rahman; ADUN Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki serta lebih 1,000 penyokong.
Othman calon terakhir menghantar brang pencalonan empat minit kemudian,
Pengumuman calon dimuktamadkan pada jam 11.35 pagi oleh pegawai pengurus pilihan raya, Khaidir Abang.
Parlimen Petra Jaya mempunyai 109,670 pemilih berdaftar.